Pendaftaran

Berapa Orang Sekelas?

Learn to Swim: 1 instruktor untuk satu group 2-6 peserta.
Pre-comp: 1 coach untuk satu group 2-20 peserta.
Satu sesi kolam boleh ada lebih dari 1 group berjalan serentak.

Macam Mana Nak Daftar?

Klik button Daftar di bawah ini & ikut arahan berikutnya.

Berapa Yuran Daftar?

RM100 per person (sekali sahaja).

Berapa Yuran Bulanan?

Learn to Swim: RM140
Pre-Competetion: RM340

Hari Apa Kelas?

Learn to Swim: Pilih 1 Hari
Pre-Competetion: Setiap Hari (tertakluk Terma & Syarat)

Berapa Lama Masa?

Satu (1) jam setiap sesi. Tempoh nak pandai? Jika dari kosong, biasanya:
- 1 bulan: water confidence
- 3 bulan: water survival
- 6 bulan: freestyle
- 12 bulan: 3-4 strokes
- 3-5 tahun: atlet negeri

Lokasi Kelas di Mana?

1. NSA Indoor Pool Jalan Kamaruddin
2. Pusat Akuatik MBKT Batu Buruk
3. Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah
    Kg Kubang Ikan Chendering

– Semua di Kuala Terengganu.

Kelas Renang Nasuha
Swim Academy (NSA)

Terbuka Kepada Semua, Dewasa & Kanak-Kanak, Lelaki & Wanita, Serta Kelas Khusus Muslimah

Lokasi Pilihan:
Kuala Terengganu

1. Indoor Pool Jalan Kamaruddin


2. Pusat Akuatik MBKT Batu Buruk

Kenapa Ibu Bapa Mesti Menghantar Anak² Ke Kelas Renang?



  1. Belajar teknik renangan yang betul supaya anak² cintakan aktiviti sunnah ni.

  2. Dapat mengisi masa anak² dengan aktiviti riadah yang berfaedah dan elakkan anak² asyik dengan gajet sahaja.

  3. Menjadikan anak² lebih berkeyakinan diri, menguatkan sistem imun, paru² dan menjadikan anak² lasak dan mempunyai fizikal yang tegap.

  4. Dapat mendidik anak² jadi berdisiplin terutama dari segi ketepatan masa.

  5. Anak² dapat bersosial dengan kawan² baru.

  6. Mendidik anak² mempunyai sema­ngat kesukanan.

  7. Anak lebih fokus dalam pembelajaran di sekolah.

  8. Anak dapat tidur lebih lena dan berkualiti.

Apa NSA Boleh Berikan Kepada Anak² Anda Sepanjang Ikuti Kelas Renang Ini?



  1. Anak² akan belajar asas renangan melalui modul yang sudah terbukti berkesan melahirkan anak² yang ingin menjadi atlet renang ataupun jadikan renang sebagai satu aktiviti rekreasi sihat.

  2. Anak² akan belajar mengikut tahap kemampuan anak² menggunakan modul daripada jurulatih Olimpik negara.

    Modul jurulatih Olimpik negara

  3. Anak² akan belajar dengan tenaga pengajar yang terlatih yang terdiri daripada instruktor lelaki dan instruktor perempuan.

    Instruktor lelaki & perempuan

  4. Kelas yang mesra kanak², guru yang baik tetapi tegas dan sudah melahirkan ramai pelajar yang boleh naik ke peringkat seterusnya dengan cepat, iaitu:

    » Learn to Swim
    » Learn to Train
    » Train to Race
    » Race to Learn

  5. Berpeluang mengikuti pertandi­ngan di peringkat kelab, sekolah, daerah, negeri, mahupun peringkat Kebangsaan & Antarabangsa.

    Suasana latihan sebelum pertandingan


  6. Berpeluang menguasai renangan di kolam dan juga di laut / sungai / tasik (open water).

    Open water di laut bergelora

    Open water di tasik lebih tenang

Berapa Lamakah Tempoh Pembelajaran Kelas Renang Ini?



Bab tempoh ini sebenarnya bergantung kepada hasrat ibu bapa itu sendiri, nak anak jadi macam mana.



Kalau nak anak pandai basic jer (terapung & tak lemas), tiga (3) bulan dah pandai. Itu pun kalau anak tu jenis berani.



Kalau anak jenis takut air, meraung jer… ada yang tiga (3) bulan tu habis untuk belajar water confidence sahaja.



Renang ada 4 jenis. Bergantung pada anak dan ibu bapa nak kuasai berapa jenis.



Kalau ibu bapa nak anak jadi atlet, maka akan ambil masa bertahun lah belajar. Sama macam sekolah. Ber­mula dari pra sekolah, kemudian sekolah rendah dan sekolah menengah, sehinggalah masuk universiti.



Target kami di NSA, tempoh pembelajaran Learn to Swim adalah selama satu (1) tahun, iaitu apabila anak sudah masuk umur 7 tahun, anak² sudah layak masuk ke pe­ringkat Learn to Train, iaitu anak sudah sedia untuk dilatih.



Soalan Lazim:



  1. Anak saya belum capai umur 6 tahun / lebih 6 tahun. Boleh ke anak saya nak belajar dengan Nasuha Swim Academy (NSA)?
    Jawapan: Boleh.

  2. Kelas buat di mana?
    Jawapan: Lokasi kelas adalah mengikut hari, seperti berikut:

    Sabtu hingga Khamis:
    Indoor Pool NSA,
    Jalan Kamaruddin,
    Kuala Terengganu.

    Jumaat:
    Kolam Wanita,
    Pusat Akuatik MBKT,
    Batu Buruk, Kuala Terengganu.
    - Sesi I: 7:00am hingga 8:00am
    - Sesi II: 8:00am hingga 9:00am
    - Pagi sahaja, tiada sesi petang.

  3. Ibu bapa boleh tunggu se­pan­jang kelas berjalan?
    Jawapan: Boleh

  4. Jika anak saya tak dapat hadir, boleh ganti hari lain? Atau kelas dianggap burn?
    Jawapan: Boleh ganti hari lain dalam bulan yang sama sahaja. Dengan syarat, mesti dimaklumkan DAN di­sahkan oleh instruktor atau admin. Jika tidak di­sahkan, maka kelas dikira burn.

  5. Jika anak saya tak dapat hadir, yuran yang dibayar / baki kelas boleh ke forward ke bulan hadapan?
    Jawapan: Tidak boleh. Kelas mesti dihabiskan dalam bulan yang sama. Kelas boleh diadakan setiap hari, cari masa untuk kelas ganti. Tiada alasan untuk ibu bapa tidak boleh pastikan 4 sesi anak² dapat dihabiskan dalam bulan yang sama.

  6. Boleh request instruktor? Saya nak instruktor perempuan sahaja.
    Jawapan: Bagi anak perempuan yang sudah baligh, anak diwajibkan untuk memilih instruktor perempuan sahaja, tertakluk kepada availability. Jika instruktor perempuan tidak available, ibu bapa boleh ambil kelas persendirian (private class) dan kadar yurannya adalah berbeza, iaitu RM160 (4 sesi sebulan, satu sesi kelas adalah 30 minit / setengah jam) dan hanya diadakan di Indoor Pool NSA Jalan Kamaruddin sahaja.

  7. Anak autisme / down syndrome / ADHD, boleh join ke?
    Jawapan: Boleh, tetapi bersyarat, dan atas budi bicara. Syaratnya, kelas persendirian (private class) sahaja di­be­narkan. Kelas berkumpulan TIDAK DI­BE­NARKAN sama sekali untuk sertai walaupun 'mild autism', atas faktor keselamatan. Budi bicara pula adalah atas kesediaan kedua-dua belah pihak selepas perbincangan dan timbang tara.

  8. Berapa Harga Yuran Bulanan Kelas Renang ni?
    Jawapan: Perincian yuran bulanan adalah seperti berikut:

    Bayi 6 bulan hingga 1 tahun:
    RM200 untuk 4 sesi sebulan, 30 minit setiap sesi.

    Kanak² 2 & 3 tahun:
    RM160 untuk 4 sesi sebulan, 30 minit setiap sesi.

    Kanak² 4 tahun hingga dewasa:
    RM140 untuk 4 sesi sebulan, 60 minit setiap sesi.

    Pendaftaran (Yuran Kena Bayar Masa Mula² Nak Join):
    RM100
    untuk satu orang peserta.

Daftar Peserta Kelas Renang / Join Affiliate Jana Income $$$


Nota: Selepas bayaran dibuat, anda akan dihubungi oleh admin, untuk urusan susun atur instruktor renang.


Waktu tersebut juga anda boleh tambah bilangan peserta, tukar jadual, dan sebagainya mengikut keperluan.


Sila Pilih Kategori, Sesi & Lokasi

Maklumat Peserta / Affiliate / Penjaga Yang Boleh Dihubungi

+6

Pembelian Item

Lengkapkan pendaftaran

Untuk melengkapkan pendaftaran sila pastikan nama & katalaluan telah diisi dengan betul.
 
WhatsApp Admin Kadar Yuran Bulanan Daftar Sekarang! Login Peserta / Affiliate