1.1. Polisi bagi Yuran Daftar, Yuran Bulanan dan segala jenis bayaran adalah tidak dipulangkan (non-refundable).
Sila buat keputusan dengan teliti sebelum bayaran dibuat.
1.2. Yuran Daftar kelas renang adalah sebanyak RM100 bagi setiap seorang peserta.
Jika tiga beradik, maka RM100 x 3 = RM300.
Yuran Daftar ini kekal aktif selagi bayaran bulanan dibuat setiap bulan tanpa skip melebihi 2 bulan secara tidak berturut-turut dalam tempoh 12 bulan (setahun).
Contoh situasi: Jika skip kelas sebulan kerana musim hujan / banjir, maka dikira sudah skip sebulan. Kemudian skip lagi sebulan kerana bulan puasa, maka dikira tambah lagi sebulan, jadi dua bulan (walaupun tidak berturut-turut). Jika skip lagi sebulan, maka status peserta jadi Tidak Aktif. Untuk sambung semula mesti bayar semula yuran daftar RM100.
1.3. Yuran Bulanan adalah untuk empat (4) sesi kelas sebulan, satu (1) jam per sesi.
1.4. Ketidakhadiran mesti dimaklumkan 12 jam sebelum kelas bermula untuk elak pembaziran sumber masa & tenaga pihak trainer / cikgu / instruktor / coach yang bertugas.
Kegagalan makluman awal boleh dikenakan tindakan (tanpa prejudis) iaitu burn bilangan kelas bulanan untuk peserta terlibat di mana kelas ganti tidak boleh dituntut & refund tidak dibenarkan sama sekali.
1.5. Setiap peserta baru perlu menyediakan sendiri peralatan renang asas seperti goggles & swim cap.
1.6. Sebarang free-gift sempena tempoh promosi (seperti goggles atau swim cap, jika ada) tidak boleh diganti dengan wang tunai.
2.1. Sila WhatsApp admin di talian 014-810 7259 untuk saringan awal.
2.2. Yuran training LTT ialah terbahagi kepada tiga (3) jenis kekerapan sesi latihan satu (1) jam:
» Tiga kali seminggu: RM340 sebulan.
» Dua kali seminggu: RM240 sebulan.
» Sekali seminggu: RM140 sebulan.
2.3. Yuran LTT adalah tertakluk kepada yuran bulanan, bukan per sesi. Latihan diadakan setiap hari. Peserta boleh memilih hari untuk hadir sebagai komitmen untuk cukupkan kekerapan sesi latihan.
2.4. Sesi yang terpaksa dibatalkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan termasuk bencana alam, banjir, penyakit berjangkit, dan sebab-sebab kecemasan lain, akan cuba diganti dengan kadar sesi yang munasabah tidak boleh dituntut pada bulan-bulan berikutnya.
2.5. Untuk kemasukan yang bukan di awal bulan, bayaran yuran akan di-pro-rate oleh pihak admin NSA.
2.6. Sesi Latihan:
» Sesi I: 5:00pm-6:00pm.
» Sesi II: 6:00pm-7:00pm.
Setiap petang!
2.7. Lokasi:
Kolam Wanita Pusat Akuatik MBKT Batu Buruk Kuala Terengganu.
2.8. Ingatan: Yuran LTT bulanan hendaklah dijelaskan sebelum memulakan sesi latihan pertama setiap bulan.
Bayaran boleh dibuat melalui akaun bank berikut:
Hong Leong Bank
30501057655
NASUHA SWIM ACADEMY
Amaun: <ikut kekerapan>
Ref: LTT <nama peserta>
Details: <bulan tahun>
3.1. Pihak pengurusan memberi keutamaan tertinggi terhadap aspek keselamatan, termasuk nyawa, aurat, kehormatan, fitnah & sensitiviti.
Oleh yang demikian, mohon kerjasama ibu bapa untuk sama-sama mengambil langkah proaktif, berusaha memberi penekanan terhadap isu-isu di atas dengan berjaga-jaga dari awal dalam menjauhi segala kemungkinan berlaku fitnah dan/atau kemalangan.
Elak berlaku fitnah. Jauhi dari awal. Jangan buka pintu pertama.
3.2. Ibu bapa DIWAJIBKAN menunggu & memerhati anak sepanjang kelas berlangsung atas faktor keselamatan nyawa, kehormatan, fitnah, maruah, aurat & sensitiviti anak itu sendiri, serta juga sebagai usaha mengelak syak wasangka ibu bapa terhadap trainer / cikgu / instruktor / coach yang bertugas.
4.1. Ketidakhadiran anak ke kelas mesti dimaklumkan 12 jam sebelum kelas bermula bagi mengelak pembaziran sumber masa & tenaga pihak trainer / cikgu / instruktor / coach yang bertugas.
4.2. Kegagalan makluman awal boleh dikenakan tindakan (tanpa prejudis) iaitu burn bilangan kelas bulanan untuk peserta terlibat di mana kelas ganti tidak boleh dituntut & refund tidak dibenarkan sama sekali.
5.1. Faktor keselamatan mestilah diambil berat pada peringkat tertinggi oleh semua pihak pada setiap masa – Drowning is silent!
5.2. Semua pihak hendaklah memainkan peranan untuk menjaga kebersihan dengan baik.
5.3. Sila jaga peralatan, gunakan dengan cara yang betul, elak sebarang kerosakan.
5.4. Hargai kemudahan yang ada.